Kuiz Kahoot Kemerdekaan

20 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas ICT iaitu mengadakan kuiz kahoot sempena menyambut bulan kemerdekaan yang bermula pada jam 10:00 pagi. Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah meminta kelas ini diadakan dengan datang sendiri ke pusat internet. Peserta diberikan masa untuk menyelesaikan tugasan kuiz ini dalam masa satu jam 40 minit.

Kuiz yang diberikan berkisar berkenaan dengan latar belakang kemerdekaan, pengajian am berkenaan pemimpin Malaysia serta tema lagu, logo dan motto kemerdekaan pada tahun 2020 ini. Selain itu, peserta diajarkan juga cara mencari maklumat pada laman sesawang carian Google untuk meneka jawapan kuiz sepanjang kuiz berlangsung. Kelas berjalan dengan baik dan selesai pada jam 12:00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali